Install
This is the repository archive. It installs, but the folder name will carry the branch suffix and updates will not flow.
Install straight from GitHub with WP-CLI:
wp plugin install https://github.com/mohdneotech/slaid-masjid/archive/refs/heads/main.zipPlugin WordPress untuk slaid hero di laman utama masjid / surau. AJK muat naik poster, foto atau banner, tambah tajuk dan butang, jadualkan tarikh mula & tamat paparan, dan susun slaid dengan seret — terus dari wp-admin, tanpa menyunting tema.
A WordPress hero-slider manager for Malaysian mosques: committee members upload posters, photos or designed banners, add a headline and buttons, schedule start/end dates and drag to reorder. Works on any theme via the [slaid_masjid] shortcode (lightweight vanilla-JS slider, no jQuery/Bootstrap on the front end). Registration forms from Borang Program Masjid appear as slides automatically. UI is in Bahasa Melayu.

Tiga jenis paparan
| Teks + gambar di sisi | Gambar sebagai latar | Banner penuh |
|---|---|---|
![]() |
![]() |
![]() |
| Poster menegak / segi empat dipapar penuh di sebelah kanan, boleh diklik untuk dibesarkan | Foto memenuhi kotak slaid dengan lapisan gelap supaya teks mudah dibaca | Banner yang sudah siap direka; seluruh banner boleh dijadikan pautan; gambar khas untuk telefon |
Ciri-ciri
- Tambah Slaid: pilih jenis paparan, gambar dari Media Library, lencana kecil, tajuk, teks ringkas, sehingga dua butang (pautan dalam laman boleh ditulis ringkas, cth.
/sumbangan/) - Jadual paparan: tetapkan mula dan berhenti dipaparkan — slaid program hilang sendiri selepas tarikh program; Draf untuk sembunyi tanpa memadam
- Pratonton slaid di laman utama sebenar (hanya untuk AJK yang log masuk), walaupun slaid masih draf atau dijadualkan
- Slaid Aluan (baharu 1.1): slaid "Selamat Datang" yang boleh disunting — tulisan Jawi, dua lencana dengan ikon, tajuk besar, teks, sehingga 4 butang (teks, pautan, ikon Font Awesome, gaya), foto di sebelah kanan dengan logo laman dan kapsyen lokasi. Mula dipaparkan selepas disimpan kali pertama; Kembalikan kepada asal bila-bila masa
- Susunan penuh dengan seret (baharu 1.1): satu senarai untuk semua slaid — aluan, slaid anda dan slaid pendaftaran borang. Slaid yang belum / tidak dipaparkan (draf, dijadualkan, borang ditutup) kekal di kedudukannya dan muncul semula di situ
- Pautan butang hanya
http(s),tel:,mailto:dan laluan dalam laman — pautanjavascript:/data:ditolak - Slider ringan tanpa jQuery: fade, autoplay (berhenti apabila tetikus di atas / fokus papan kekunci), anak panah, titik, leret di telefon, butang jeda, kekunci ← →, menghormati prefers-reduced-motion, slaid tidak aktif disembunyikan daripada pembaca skrin
- Warna latar & aksen boleh ditetapkan; masa setiap slaid 3–30 saat
- Slaid pendaftaran automatik daripada Borang Program Masjid — kad tarikh, tempat berbaki dan butang Daftar; hilang sendiri apabila pendaftaran ditutup atau penuh


| Susunan & Tetapan — seret untuk menyusun semua slaid | Slaid Aluan — sunting slaid "Selamat Datang" |
|---|---|
![]() |
![]() |
| Editor slaid | Senarai slaid | Telefon |
|---|---|---|
![]() |
![]() |
![]() |
Pemasangan
- Muat turun
slaid-masjid.zipdari halaman Releases. - wp-admin → Plugins → Add New → Upload Plugin → pilih zip → Install Now → Activate.
- Slaid Utama → + Tambah Slaid — tambah slaid pertama dan Terbitkan.
- Letak shortcode
[slaid_masjid]di bahagian atas halaman utama:- Tema blok (cth. Twenty Twenty-Five): Penampilan → Editor → templat Halaman Utama → tambah blok Shortcode
- Tema klasik: tampal dalam kandungan halaman utama
- Slaid Utama → Slaid Aluan (pilihan) — sediakan slaid "Selamat Datang" dan klik Simpan.
- Slaid Utama → Susunan & Tetapan — seret untuk menyusun semua slaid, warna, masa setiap slaid.
Kemas kini seterusnya muncul di Dashboard → Updates seperti plugin biasa.
Untuk pembangun tema
| Hook | Kegunaan |
|---|---|
masjid_hero_slides (penapis) |
Plugin lain menambah slaid (rentetan HTML) ke slider [slaid_masjid] |
perepat_hero_slides, perepat_hero_welcome, perepat_hero_interval |
Integrasi untuk tema yang mempunyai carousel hero sendiri (cth. tema Perepat) — slaid ditambah terus ke hero tema |
add_theme_support( 'masjid-hero-slides' ) |
Tandakan tema anda menggunakan integrasi di atas (tiada shortcode diperlukan) |
psl_roles |
Peranan yang diberi keupayaan psl_urus semasa pengaktifan (lalai: Administrator, Editor, AJK Kariah) |
psl_github_updates |
__return_false untuk mematikan semakan kemas kini GitHub |
Keperluan
WordPress 6.4+ · PHP 8.0+. Diuji pada tema blok Twenty Twenty-Five dan tema klasik.
Menyahpasang
Nyahaktif atau padam plugin tidak memadam slaid secara lalai. Tandakan Susunan & Tetapan → Nyahpasang untuk membuang slaid dan tetapan semasa memadam plugin. Gambar dalam Media Library tidak pernah dipadam.
Berpindah dari binaan khusus (Perepat Slaid)
Data dikongsi (jenis kandungan mp_slaid, psl_settings). Nyahaktifkan plugin lama, kemudian pasang dan aktifkan plugin ini.
Lesen
GPL-2.0-or-later © Mohd Nordin Hussain






