Install
This is the repository archive. It installs, but the folder name will carry the branch suffix and updates will not flow.
Install straight from GitHub with WP-CLI:
wp plugin install https://github.com/mohdneotech/siaran-langsung-masjid/archive/refs/heads/main.zipPlugin WordPress untuk siaran langsung dan rakaman khutbah, ceramah & kuliah masjid / surau dari YouTube atau Facebook. AJK hanya tampal pautan live di Papan Pemuka dan klik ▶ Mula Siaran — siaran terus muncul di laman utama, di halaman siaran, dan sebagai butang LANGSUNG terapung di halaman lain. Selepas tamat, siaran menjadi rakaman dalam galeri.
A WordPress plugin for Malaysian mosques to show live and recorded sermons and talks from YouTube or Facebook: paste the live link in the dashboard widget and press "Mula Siaran"; a live player appears on the home page, a broadcast page lists the schedule (with countdowns) and a filterable recordings gallery, and a floating LIVE pill shows on other pages. Works on any theme. UI is in Bahasa Melayu.

Ciri-ciri
- Papan Pemuka → 🔴 Siaran Langsung: tampal pautan, tajuk, jenis & penceramah → Mula Siaran; butang Tamatkan siaran apabila selesai
- Jadualkan siaran dengan tarikh, masa dan tempoh — mod Automatik menjadikannya siaran langsung pada masanya dan rakaman selepas tamat; mod paksa Sedang siaran / Tamat
- Widget laman utama: pemain siaran langsung, atau kad "akan datang" dengan kiraan detik (N hari sebelum), atau rakaman terkini (pilihan)
- Halaman siaran
[siaran_langsung]: siaran semasa, jadual akan datang, galeri rakaman dengan tapisan jenis dan halaman — video hanya dimuatkan apabila diklik (laman kekal laju) - Butang LANGSUNG terapung di halaman lain semasa siaran berlangsung
- YouTube:
watch?v=,youtu.be/,/live/ID,/shorts/,/embed/, danyoutube.com/channel/UC…/live(sentiasa memaparkan siaran semasa saluran). Facebook: mana-mana pautan video awam. Pemain YouTube melalui youtube-nocookie.com - Senarai jenis boleh diubah (Khutbah Jumaat, Ceramah, Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Tazkirah, Majlis Ilmu …), warna mengikut masjid
| Halaman siaran | Papan Pemuka | Butang terapung |
|---|---|---|
![]() |
![]() |
![]() |
| Senarai siaran | Tetapan |
|---|---|
![]() |
![]() |
Pemasangan
- Muat turun
siaran-langsung-masjid.zipdari halaman Releases. - wp-admin → Plugins → Add New → Upload Plugin → pilih zip → Install Now → Activate.
- Siaran Langsung → Tetapan → Cipta halaman "Siaran Langsung", pilih warna, dan tandakan Widget laman utama (atau letak
[siaran_utama]di laman utama). - Tambah halaman siaran ke menu.
- Bila siaran bermula: Papan Pemuka → 🔴 Siaran Langsung → Mula Siaran.
Shortcode
| Shortcode | Fungsi |
|---|---|
[siaran_langsung] |
Halaman penuh: siaran langsung, jadual, rakaman |
[siaran_utama] |
Widget laman utama (kosong jika tiada siaran / jadual) |
Penting
- Video Facebook mesti Awam (Public) untuk dipaparkan.
- YouTube tidak membenarkan embed menggunakan
@handle/live— guna pautan video atauyoutube.com/channel/UC…/live. - Jika laman menggunakan Content-Security-Policy, benarkan
frame-srcuntukwww.youtube-nocookie.comdanwww.facebook.com, sertaimg-srcuntuki.ytimg.com. - Tema yang menyediakan hook
perepat_front_after_prayermemaparkan widget di bawah waktu solat secara automatik.
Keperluan
WordPress 6.4+ · PHP 7.4+. Diuji pada tema blok Twenty Twenty-Five dan tema klasik.
Menyahpasang
Memadam plugin tidak memadam siaran & rakaman secara lalai. Tandakan Tetapan → Nyahpasang untuk membuang semuanya.
Berpindah dari binaan khusus (Perepat Siaran Langsung)
Data dikongsi (jenis kandungan mp_siaran, ps_settings). Nyahaktifkan plugin lama, kemudian aktifkan plugin ini.
Lesen
GPL-2.0-or-later © Mohd Nordin Hussain




