WP Manifestindependent plugin directory
manifest / content / paparan-tv-masjid

Paparan TV Masjid

Plugin WordPress paparan TV masjid/surau - waktu solat JAKIM, azan & iqamah, makluman, infaq QR, pengumuman bergerak (BM)

★ 0stars

Install

Download source zip No release zip yet

This is the repository archive. It installs, but the folder name will carry the branch suffix and updates will not flow.

Install straight from GitHub with WP-CLI:

wp plugin install https://github.com/mohdneotech/paparan-tv-masjid/archive/refs/heads/main.zip
Updates itself. It ships its own updater, so new versions appear under Dashboard → Updates.

Plugin WordPress yang menjadikan mana-mana TV pintar / Android TV di masjid atau surau sebagai papan maklumat digital — cuma buka https://laman-anda/tv/ dalam pelayar TV. Jam besar, waktu solat JAKIM (pilih zon) dengan waktu semasa & seterusnya serta kiraan detik, skrin azan & iqamah, slaid makluman, Infaq (DuitNow QR + akaun bank) dan pengumuman bergerak. Semua diurus dari wp-admin; TV mengemas kini sendiri.

A WordPress plugin that turns any smart / Android TV in a Malaysian mosque into a digital signage screen at /tv/: large clock, official JAKIM e-Solat prayer times for your zone with current/next prayer and countdown, azan & iqamah countdown screens (Friday khutbah mode), rotating notices, DuitNow QR donation card and a speed-adjustable scrolling ticker — all managed from wp-admin, the TV refreshes itself. UI is in Bahasa Melayu.

Paparan TV

Ciri-ciri

  • Waktu solat rasmi JAKIM (e-Solat) untuk zon pilihan anda — Imsak hingga Isyak; waktu semasa diserlah hijau, waktu seterusnya emas dengan kiraan detik (berdenyut 10 minit terakhir); Waktu Dhuha selepas Syuruk; selepas Isyak dikira ke Subuh esok; Zohor hari Jumaat dilabel Jumaat
  • Data disimpan setiap bulan dalam pangkalan data dan dikemas kini 2× sehari (sumber sandaran: api.waktusolat.app) — TV tetap berfungsi walaupun JAKIM tidak dapat dihubungi
  • Skrin azan & iqamah: "Telah masuk waktu Zohor — Iqamah dalam 07:57" (minit iqamah setiap waktu boleh ditetapkan), kemudian "Solat sedang didirikan"; hari Jumaat — skrin Khutbah & Solat Jumaat
  • Slaid makluman di panel tengah (tajuk + mesej, tarikh mula/tamat)
  • Infaq: kod QR DuitNow + bank, no. akaun & nama akaun — dalam putaran slaid atau sentiasa dipaparkan
  • Pengumuman bergerak (marquee) — tarikh mula/tamat, tanda Penting, kelajuan boleh dilaras dengan pratonton masa nyata di wp-admin
  • Tarikh Masihi & Hijrah (BM), jam 12 atau 24 jam, logo & nama masjid
  • Pentas 1920×1080 diskala automatik ke sebarang saiz skrin; jam diselaraskan dengan masa pelayan (jam TV yang salah tidak menjejaskan)
  • TV menyemak tetapan setiap minit — perubahan di wp-admin muncul sendiri; muat semula sendiri selepas kemas kini plugin dan setiap pagi 3:30; terus berjalan jika internet terputus (titik merah di penjuru)
Skrin iqamah Tetapan — zon, waktu hari ini, pengumuman Tetapan — azan & umum

Pemasangan

  1. Muat turun paparan-tv-masjid.zip dari halaman Releases.
  2. wp-admin → Plugins → Add New → Upload Plugin → pilih zip → Install Now → Activate.
  3. Paparan TV → pilih zon waktu solat JAKIM (bahagian 5), isi nama masjid, logo, akaun bank & kod QR, pengumuman → Simpan.
  4. Pastikan Tetapan → Umum → Zon waktu ialah Kuala Lumpur (UTC+8).
  5. Pada TV, buka https://laman-anda/tv/ dalam skrin penuh.

Cadangan untuk Android TV

Fully Kiosk Browser (atau TV Bro): tetapkan URL mula ke /tv/, launch on boot, keep screen on, sembunyikan bar sistem. Butang OK pada alat kawalan jauh = skrin penuh.

Ujian

  • /tv/?uji=13:04 — berpura-pura masa sekarang 1:04 petang (lihat skrin azan/iqamah)
  • /tv/?slaid=2 — mula pada slaid kedua

Untuk pembangun

Hook / endpoint Kegunaan
GET /wp-json/paparan-tv/v1/data Data TV (awam, tanpa cache) — waktu solat semalam…lusa, tetapan paparan
ptv_slug (penapis) Tukar alamat /tv/ (cth. skrin) — simpan semula Permalinks selepas menukar
ptv_roles Peranan yang diberi keupayaan ptv_urus (lalai: Administrator, Editor, AJK Kariah)
ptv_github_updates __return_false untuk mematikan semakan kemas kini GitHub

Keperluan

WordPress 6.4+ · PHP 8.1+ · pelayan boleh menghubungi www.e-solat.gov.my (atau api.waktusolat.app). Fon Poppins dimuatkan dari Google Fonts.

Menyahpasang

Memadam plugin membuang tetapan dan data waktu solat yang disimpan.

Berpindah dari binaan khusus (Perepat Paparan TV)

Tetapan dikongsi (ptv_settings). Nyahaktifkan plugin lama, aktifkan plugin ini, kemudian pilih zon JAKIM, logo dan kod QR semula (binaan lama mengambil dari tema).

Lesen

GPL-2.0-or-later © Mohd Nordin Hussain