WP Manifestindependent plugin directory
manifest / users / kariah-khairat

Kariah & Khairat Masjid

Sistem ahli kariah untuk masjid / surau — pendaftaran Badan Khairat Kematian dan Ibadah Korban/Aqiqah dalam talian atau manual oleh AJK, bayaran sekaligus & ansuran dengan bukti bayaran, Portal Ahli, semak status, import/eksport CSV dan papan pemuka infografik.

★ 0stars

Install

Download source zip No release zip yet

This is the repository archive. It installs, but the folder name will carry the branch suffix and updates will not flow.

Install straight from GitHub with WP-CLI:

wp plugin install https://github.com/mohdneotech/kariah-khairat/archive/refs/heads/main.zip
Updates itself. It ships its own updater, so new versions appear under Dashboard → Updates.

Plugin WordPress untuk mengurus ahli kariah, Badan Khairat Kematian dan Ibadah Korban/Aqiqah masjid atau surau — pendaftaran dalam talian, rekod manual oleh AJK, bayaran sekaligus atau ansuran, Portal Ahli dan papan pemuka infografik.

A WordPress plugin for Malaysian mosques to run death-benefit (khairat) membership and qurban/aqiqah registration: online forms with payment-proof upload, instalment plans, AJK approval workflow, member self-service portal, CSV import/export and an infographic dashboard. UI is in Bahasa Melayu; IC-number (MyKad) aware.

Borang pendaftaran khairat

Ciri-ciri

Untuk orang awam

  • Borang Daftar Khairat (ahli baharu / pembaharuan / tunggakan) dan Daftar Korban & Aqiqah (peserta, bahagian, agihan daging, akad wakalah)
  • Bayaran sekaligus atau ansuran (2–36 bulan), muat naik bukti bayaran (JPG/PNG/PDF), kod QR & akaun bank masjid
  • Semak Status & Bayar Ansuran dengan No. KP + No. Telefon
  • Portal Ahli — log masuk dengan No. KP; lihat yuran, resit rasmi, tanggungan; kemas kini maklumat hubungan terus, perubahan pasangan/tanggungan melalui kelulusan AJK

Untuk AJK (wp-admin)

  • Papan pemuka dengan infografik (pendaftaran, kutipan, umur, kawasan, sektor, isi rumah)
  • Senarai ahli dengan tapisan, kelulusan pukal, borang A4 boleh cetak, jana yuran tahunan
  • Sahkan / tolak bayaran, muat naik resit rasmi, pelan ansuran per rekod
  • Senarai peserta korban (7 bahagian seekor) boleh cetak
  • Import dari Google Form / CSV (dengan larian percubaan), eksport CSV
  • Peranan AJK Kariah (akses menu ini sahaja) dan Ahli Kariah (portal sahaja)
  • Pengasingan tugas: AJK tidak boleh mengesahkan bayaran atau perubahan rekod sendiri
  • Log audit setiap perubahan rekod ahli

Keselamatan

  • Bukti bayaran disimpan di luar Media Library (uploads/pk-private/) dan hanya dihantar melalui pautan bernonce selepas semakan pemilikan
  • Semakan kandungan fail (bukan sekadar sambungan nama), had cubaan per IP, honeypot & masa minimum isi borang
  • Mesej status melalui token pelayan (tiada teks dari URL), perlindungan formula CSV, No. KP tidak pernah muncul dalam URL
  • Amaran automatik jika folder bukti boleh diakses umum (cth. nginx yang tidak membaca .htaccess)
Papan pemuka Portal Ahli

Pemasangan

  1. Muat turun kariah-khairat.zip dari halaman Releases.
  2. wp-admin → Plugins → Add New → Upload Plugin → pilih zip → Install Now → Activate.
  3. Ikut Kariah & Khairat → Persediaan:
    • Tetapan — nama & alamat masjid, yuran, harga bahagian korban, akaun bank, imej QR, kawasan, terma & syarat, warna
    • Cipta halaman — lima halaman dicipta automatik dengan shortcode yang betul
    • Tambah halaman ke menu (Penampilan → Menu / Editor Tapak)
  4. Cipta akaun AJK dengan peranan AJK Kariah.

Kemas kini seterusnya akan muncul di Dashboard → Updates seperti plugin biasa.

Shortcode

Shortcode Fungsi
[pk_borang_khairat] Borang pendaftaran / pembaharuan khairat
[pk_borang_korban] Borang korban & aqiqah
[pk_semak] Semak status & hantar bukti ansuran
[pk_portal] Portal Ahli (log masuk / aktifkan akaun)
[pk_muat_turun ids="12,13"] Senarai borang PDF untuk dimuat turun

Penting: nginx

Pada pelayan Apache/LiteSpeed, folder bukti dilindungi automatik dengan .htaccess. Pada nginx, tambah:

location ^~ /wp-content/uploads/pk-private/ {
    deny all;
    return 403;
}

Plugin akan memaparkan amaran merah di Tetapan dan Papan Pemuka jika folder ini masih boleh diakses.

Tetapan lain

  • Sumber alamat IP — pilih Cloudflare hanya jika pelayan menerima trafik dari Cloudflare sahaja.
  • Font Awesome — ikon dimuatkan dari jsDelivr (dengan SRI) jika tema belum memuatkannya; boleh dimatikan.
  • E-mel — notifikasi kepada AJK memerlukan laman web yang boleh menghantar e-mel (plugin SMTP).
  • Ubah senarai pilihan (hubungan, sektor, kaedah bayaran) dengan penapis pk_labels.

Keperluan

WordPress 6.4+ · PHP 8.0+ · MySQL/MariaDB

Disyorkan: plugin keselamatan dengan pengesahan dua langkah (2FA) untuk akaun AJK — sistem ini menyimpan No. KP dan alamat ahli (PDPA).

Menyahpasang

Nyahaktif atau padam plugin tidak memadam rekod ahli secara lalai. Untuk membuang semua data (jadual, fail bukti, akaun portal ahli) semasa memadam plugin, tandakan Tetapan → Nyahpasang dahulu.

Berpindah dari binaan khusus (Perepat Kariah)

Data dan tetapan dikongsi (wp_pk_*, pk_settings). Nyahaktifkan plugin lama, pasang dan aktifkan plugin ini, kemudian semak Tetapan untuk medan baharu (nama masjid, terma, warna).

Lesen

GPL-2.0-or-later © Mohd Nordin Hussain · Chart.js (MIT) dibundel dalam assets/vendor/.