Nginx Cache MultiServer Purger
A custom plugin to purge Nginx FastCGI cache on multiple load-balanced servers via REST API.
by Al-Hadee Mohd Roslan & Mat Gem · github.com/kodeexii/nginx-cache-multiserver-purger · website
Install
No release zip yet. The repository archive installs, but the folder name will carry the branch suffix and updates will not flow:
wp plugin install https://github.com/kodeexii/nginx-cache-multiserver-purger/archive/refs/heads/main.zipReadme
Nginx Cache MultiServer Purger
Versi: 1.4.0 Pengarang: Al-Hadee Mohd Roslan URI Pengarang: https://hadeeroslan.my Lesen: GPLv3.0
Sebuah plugin WordPress untuk membersihkan cache Nginx FastCGI secara serentak merentasi pelbagai server di belakang load balancer. Direka untuk persekitaran multi-server yang memerlukan penyegerakan cache purge yang pantas dan boleh diskala.
Ciri-ciri Utama
- Pembersihan Automatik: Membersihkan cache secara automatik untuk post atau page yang baru dikemaskini.
- Penyegerakan Multi-Server: Menghantar arahan purge kepada semua server yang disenaraikan dalam tetapan, memastikan semua cache dibersihkan serentak.
- Pembersihan Manual: Menyediakan antaramuka (interface) dalam dashboard admin untuk:
- Membersihkan cache untuk URL spesifik.
- Membersihkan keseluruhan cache dengan satu klik (Butang Nuklear!).
- API Selamat: Menggunakan REST API endpoint yang dilindungi oleh secret key untuk semua operasi purge.
- Kemaskini dari GitHub: Boleh dikemaskini secara automatik terus dari repositori GitHub persendirian atau awam.
- Konfigurasi Mudah: Semua tetapan penting seperti senarai IP server, secret key, dan path cache boleh diuruskan melalui halaman tetapan yang mesra pengguna.
Keperluan Server (PENTING!)
Plugin ini memerlukan konfigurasi server yang spesifik untuk berfungsi dengan betul.
- Server Web: Nginx dengan
ngx_http_fastcgi_module(untukfastcgi_cache). - WordPress: Versi 5.0 atau lebih tinggi.
- PHP: Versi 7.4 atau lebih tinggi.
- Kebenaran Fail (File Permissions): Pengguna yang menjalankan proses PHP-FPM (cth:
nginx,apache, atauwww-data) MESTI mempunyai kebenaran untuk menulis dan memadam (write/delete) fail di dalam direktori cache Nginx yang ditetapkan.# Contoh untuk user 'nginx' sudo chown -R nginx:nginx /var/cache/nginx/fastcgi sudo chmod -R 775 /var/cache/nginx/fastcgi - SELinux (Untuk RHEL/CentOS): Jika SELinux diaktifkan, konteks untuk direktori cache mesti ditetapkan untuk membenarkan akses tulis oleh proses web.
# Benarkan akses tulis oleh proses httpd sudo semanage fcontext -a -t httpd_sys_rw_content_t "/path/to/your/cache(/.*)?" sudo restorecon -Rv /path/to/your/cache
Pemasangan (Installation)
- Muat naik keseluruhan folder plugin (
nginx-cache-multiserver-purger) ke direktori/wp-content/plugins/anda. - Aktifkan plugin melalui menu 'Plugins' di WordPress.
Konfigurasi
Selepas pengaktifan, pergi ke Dashboard > Settings > MultiServer Purger.
- Senarai IP Web Server: Masukkan semua alamat IP internal untuk setiap web server anda, satu IP setiap baris. Ini adalah senarai 'armada' yang akan menerima arahan purge.
- Secret Key: Klik butang "Generate" untuk mencipta satu kunci rahsia yang unik, atau masukkan kunci anda sendiri. Kunci ini digunakan untuk melindungi API.
- Path Direktori Cache Nginx: Masukkan path penuh ke direktori cache FastCGI anda di server (cth:
/var/cache/nginx/fastcgi). - Klik "Simpan Tetapan". Ulangi langkah ini pada setiap server dalam cluster anda, pastikan tetapannya sama.
Kemaskini Automatik dari GitHub
Untuk mengaktifkan fungsi kemaskini automatik:
- Notifikasi kemaskini akan muncul dalam dashboard WordPress anda.
Lesen
Plugin ini dikeluarkan di bawah GPLv3.0. Sila rujuk fail LICENSE untuk butiran lanjut.
Changelog
1.4.0 (29 Jun 2025)
- Initial release.
- Tambah fungsi pembersihan cache automatik dan manual.
- Tambah sokongan untuk multi-server dengan senarai IP.
- Tambah halaman tetapan dengan penjana secret key.
- Integrasi dengan Plugin Update Checker untuk kemaskini dari GitHub.
Read the full README on GitHub →
Releases
| Tag | Published |
|---|---|
| v1.4.0 | Jun 28, 2025 |
These releases are tags only. The author does not attach a packaged zip, so there are no download counts to report.